Berserban berteriak tiada ilmu, isu Zara sudah jadi medan politik tabur fitnah

Oleh AHMAD SHAHIR

Malam tadi, saya sempat rakam seorang ustaz berjubah dan serban terjerit-jerit dalam perhimpunan Justice for Zara.

Saya dapat faham ucapan dia, yang dia memang tak tahu undang-undang. Bayangkan kalau dia bercakap soal hukum hudud. Adakah dia akan bersikap adil?

Dia sendiri mengaku dan dengan yakin mengaitkan pembuli yang dituduh adalah anak-anak VVIP. Kenapa dia sendiri tak sebut nama VVIP tu?

Masalahnya, kes ini sedang dalam prosiding mahkamah. Patutlah orang tidak hormat jubah serban ni. Benda asas pun dia tak tahu.

Saya rakam bahagian ini sebagai bukti ucapan-ucapan yang dibangkitkan dan tidak berkait dengan kes adik Zara.

Sekadar nak orang ramai turun dan dengar jeritan-jeritan dia.

Kalau dalam ceramah di masjid, pandai dia nasihatkan jemaah supaya belajar agama dari ahlinya.

Main hentam saja

Cuba sedar diri sikit, awak bercakap pasal undang-undang pun main hentam sahaja. Ingat kes bunuh ni boleh main tuduh dan hukum.

Budak-budak yang dituduh bunuh dan bakar budak tahfiz itu pun kita tidak tahu apa hukuman yang sudah dijalankan.

Jangkaan saya, himpunan Justice For Zara hanya jadi medan ucapan orang yang nak mempolitikan isu ini.

Saya pun nak tahu juga apa kesudahan kes adik Zara. Saya ada anak juga duduk di asrama. Tapi saya tidaklah sampai nak menjerit-jerit macam dia ni. Sepatutnya, kita yang bagi contoh pada orang yang datang.

Jangan sampai orang meluat tengok kelakuan dan kedangkalan orang berjubah serban. Tiada ilmu bercakap. Emosi tak kena tempat.

Dalam Islam pun ada institusi mahkamah. Kalau orang agama sendiri tak tahu hormat institusi mahkamah, jangan sampai orang bukan Islam tunjuk cara pada kamu bagaimana nak hormat institusi mahkamah. Buat malu terjerit- jerit.

BACA JUGA Pemuda PH tempelak Adun Pas, desak mohon maaf sebar dakwaan palsu