Umno sokong bicara kes rasuah dibuat secara live

Pengarah Komunikasi Umno Datuk Lokman menyatakan sokongan padu kepada cadangan Ketua Pesuruhjaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Tan Sri Azam Baki yang mencadangkan perbicaraan kes rasuah dibicarakan secara live.

Beliau berkata masyarakat di luar akan memahami mengapa presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi dilepaskan sekiranya sesi live tersebut dibuat.

Beliau yang menghadiri perbicaraan Zahid Hamidi berkata pendakwaan terhadap ketua Umno adalah pendakwaan terpilih.

“Bila peguam Datuk Zaidi tanya seorang pegawai India, di dalam laporan SPRM dua nama disebut DS Hishamuddin Hussein dan Datuk Seri Zahid Hamidi, kenapa hanya DS Zahid Hamidi disiasat?

“Kenapa DS Hishamuddin, penama pertama dalam laporan SPRM tidak disiasat.

“Kalau benda ini dibuat secara live, bukan sahaja hakim yang membebaskannya akan tahu bahawa berlakunya pendakwaan terpilih, satu dunia akan tahu apa yang terjadi kepada Datuk Seri Zahid ialah pendakwaan terpilih.

“Kerana jawapan pegawai India tersebut, dia kata arahan pihak atasan. Siapa dia Mahathir lah, adalah hanya untuk siasat Datuk Zahid bukan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Lokman turut menempelak parti MUDA yang mengeluarkan kenyataan meminta Zahid dibicarakan semula.

“Jadi tiadalah pihak macam MUDA keluar kenyataan minta Datuk Seri Zahid didakwa semula sebab satu dunia akan tahu apa berlaku dalam mahkamah akhirnya hakim membebaskan Datuk Zahid.

“Bila peguam Datuk Zaidi tanya saksi pendakwaan, selain dana yang diterima DatukSeri Zahid, siapa lagi terima dana? Selain Datuk Zahid, kita juga beri dana kepada Tun Dr Mahathir melalui Tan Sri Rahman, suami Puan Sri Yasmin, anak saudara Tun Dr Mahathir RM2.6 juta, Tan Sri Muhyiddin RM1.3 juta, Hishamuddin melalui pegawainya.

“Kalau benda ini dibuat secara live, dunia akan tahu kenapa hakim ini membebaskan Datuk Seri Zahid.

“SPRM dakwa DS Zahid bila dia terima political donation, dana politik yang dianggap rasuah tetapi bila Mahathir Hishamuddin Muhyiddin terima dana politik ianya bukan rasuah, ianya political funding

“Dunia akan tahu berlakunya pendakwaan bermotifkan politik secara terpilih dan berniat jahat.”

BACA JUGA: Demokrasi, solidariti, maruah di dalam nasionalisme Malaysia