Gempa bumi lemah sekali lagi melanda Segamat
Satu kejadian gempa bumi lemah sekali melanda Segamat, Johor.
Ia berlaku di koordinat 2.33° Utara dan 102.79° Timur iaitu 18 km selatan Segamat.
Gempa lemah itu ialah 3.2 skala Richter pada kedalaman 10 kilometer, umum Jabatan Meteorologi Malaysia.
“Gegaran dirasai di kebanyakan kawasan di Johor dan Selatan Pahang.”
Ini ialah gempa lemah kedua yang menimpa Segamat dan ketiga menimpa Johor.
Gempa pertama berlaku pada 24 Ogos pada pukul 6.13 pagi pada skala 4.1 skala Richter, lima kilometer dari bandar Segamat.
Gempa kedua pula melanda barat laut Kluang, jam 9 pagi pada hari yang sama.
Tahun ini juga merupakan kali pertama gempa bumi lemah dirasai di Semenanjung Malaysia.
Pada tahun lepas, gempa dirasai di Sandakan, Sabah.
BACA JUGA: Gempa bumi di Johor?