Permohonan tangguh bayaran RM400,000 oleh Kamarul Zaman kepada Hannah Yeoh gagal

Permohonan pensyarah kanan Universiti Utara Malaysia Dr Kamarul Zaman Yusoff untuk menangguhkan pembayaran ganti rugi sebanyak RM400,000 kepada Menteri Belia dan Sukan Hannah Yeoh telah ditolak oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur

Jumlah tersebut adalah ganti rugi yang perlu dibayar susulan keputusan Mahkamah Tinggi pada 30 Mei membenarkan saman fitnah oleh Yeoh berhubung bulku ‘Becoming Hannah: A Personal Journey.

Pesuruhjaya Kehakiman Avinder Singh Gill membuat keputusan tersebut dan memerintahkan Kamarul Zaman membayar kos RM2,500.

Kes ini bermula pada 2022 bila Kamarul Zaman membuat dakwaan fitnah dalam dua hantaran fitnah yang dimuat naik dalam Facebook pada Mei 2017.

Menurut Kamarul Zaman, Yeoh menyalahgunakan kedudukannya untuk menyebarkan Kristian melalui politik.

Kamarul turut mendakwa buku Yeoh mengandungi agenda Kristian.

BACA JUGA: IMF pula naikkan unjuran ekonomi Malaysia, ini ikrar Menteri MITI