Usaha pancing komponen BN hanya usaha Tuan Ibrahim sahaja

Pengerusi BN Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi mengakui wujud usaha memancing MCA dan MIC oleh Perikatan Nasional.

Ia susulan pelawaan Timbalan Presiden Pas Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man pada 31 Ogos ekoran resolusi beberapa bahagian MIC negeri untuk keluar daripada BN.

Walau bagaimanapun Zahid berpendirian bahawa pelawaan tersebut adalah pandangan peribadi Tuan Ibrahim kerana usul-usul tersebut belum dibawa ke Dewan Tertinggi BN.

“Resolusi itu datang hanya daripada satu atau dua bahagian dan pucuk pimpinan mereka belum pun mengadakan perbincangan dengan saya dan tidak dibawa ke Dewan Tertinggi BN,” katanya dalam sidang media selepas perhimpunan bulanan warga Kementerian Kemajuan Desa dan Wilayah.

Beliau turut mengulas berkenaan pembahagian kerusi dalam pilihan raya negeri Sabah.

“Kita telah memantapkan dan memuktamadkan rundingan dengan Pakatan Harapan (PH), tetapi rundingan dengan GRS belum dimuktamadkan. Kita sekarang menghormati kerjasama antara PH dan GRS. Yang penting ialah soal kemenangan,” katanya.

BACA JUGA: Menjawab cemuhan apa hasil pemimpin kerap ‘berjalan’ ke luar negara