SPRM rampas RM170 juta dari Ismail Sabri, pulang semula kepada kerajaan
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah merampas sejumlah wang tunai RM170 juta yang dikaitkan dengan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri dan bakal dipulangkan semula kepada kerajaan hari ini.
Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki berkata, perkara itu diputuskan selepas Ismail Sabri tidak mencabar permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang tunai berkenaan.
“Saya ingin memaklumkan bahawa sebutan kes pada 8 September (semalam) di mana pihak responden tidak mencabar permohonan SPRM untuk pelucuthakan sejumlah wang berjumlah lebih kurang RM170 juta.
“Dan ini bermakna secara rasmi wang ini adalah menjadi hak milik kerajaan.
“Proses untuk memasukkän wang akan dimulakan hari ini dan mungkin dalam tempoh terdekat akan masuk ke dalam akaun kerajaan,” katanya dalam sidang media di Ibu Pejabat SPRM hari ini.
Beliau menambah, pihak timbalan pendakwa raya belum lagi membuat sebarang keputusan sama ada untuk menuduh mana-mana pihak dalam kes ini
Semalam Mahkamah Sesyen diberitahu babawa Ismail Sabri dan bekas Setiausaha Politiknya, Datuk Mohammad Anuar Mohd Yunus tidak berhasrat untuk mencabar permohonan pihak pendakwaan untuk melucut hak wang tunai lebih RM169 juta yang disita SPRM.
BACA JUGA Siasatan selesai, SPRM sahkan tiada isu salah guna kuasa babit Farhash