Pertikaian tanah Kampung Sungai Baru, pengajaran untuk RUU PSB

Pertikaian tanah Kampung Sungai Baru wajar dijadikan pengajaran dalam pembentangan RUU Pembangunan Semula Bandar, kata mantan Menteri Wilayah, Khalid Samad.

Ini kerana pihak yang tidak bersetuju tidak mendapat pampasan yang sewajarnya ekoran daripada pemilaian oleh Jabatan Penilaian dan Perkhidmatan Harta (JPPH) yang berbeza di antara Kampung Baru dan Kampung Sungai Baru.

Keadaan ini diburukkan pula oleh mantan Menteri Wilayah Tan Sri Annuar Musa yang menggunakan Akta Pengambilan Tanah untuk mengambil alih tanah di Kampung Sungai Baru.

“Isunya pampasan. Mereka yang tak setuju dapat 1000 sekaki persegi. Kadar pampasan yg diberi kepada yang bersetuju ialah antara 1500 kaki persegi ke 1800 kaki persegi.

“Yang duduk rumah teres akan diberi bersamaan lima hingga enam kondominium bersamaan RM8,000,000. Yang tak setuju minta kita dapat duit lebih awal tak boleh dapat sebanyak itu. Dapat 1000 kaki persegi sama dengan nilai tanah MAS yang ditawarkan kerajaan PH semasa saya Menteri wilayah

“Yang menjadi isu ialah pampasan yang adil. Yang dipertikaikan ialah kenapa JPPH zaman saya buat penilaian atas tanah MAS Kampung Baru 650 – 850 kaki persegi. Tapi bagi Kg Sg Baru yang leasehold 450 kaki. Saya dah ajukan berkali-kali malangnya tak dijawab.

“Masalah ini tidak ditangani sebelum ini. Zaman PH, ia diserah pada proses perundangan.

“Sepatutnya campurtangan bila guna akta. malangnya mahkamah ambil penilaian JPPH yg sgt rendah.

“Ada yang dapat pampasan RM2 juta, sepatutnya RM8 juta. Merek rugi RM4 – 6 juta.

“Tak ada sebab dera orang yang tak nak terima. itu tak adil. Jangan sampai 1/3 dari harga yang diberi kepada golongan yang setuju diberi kepada yang tak setuju

“URA perlu ambil ini sebagai pengajaran

“Annuar is the main culprit. Bila guna Akta Pengambilan Tanah, pemilik semua menjadi setinggan.”

BACA JUGA: Debat Kampung Sungai Baru melibatkan mantan wilayah: Apa kata Khalid Samad?