Rakyat Indonesia terkejut macam mana kerajaan Malaysia boleh bagi RM100 kepada rakyat
Pempengaruh, Zhiddin Aziz menuai perhatian ramai saat sedang bersembang dengan seorang warganegara Indonesia yang teruja mengetahui kerajaan Malaysia memberikan bantuan wang menerusi kad pengenalan.
Dalam satu perkongsian di media sosial, Zhiddin berkata kepada seorang individu dari seberang bahawa semua rakyat Malaysia berusia 18 tahun ke atas mendapat RM100 daripada kerajaan Malaysia.
Individu itu menyatakan rasa tidak percaya dan bertanya lanjut bagaimana kerajaan mampu menyalurkan wang sebanyak itu di dalam kad pengenalan rakyat Malaysia.
Dia juga berulang kali bertanya adakah perkara itu benar, selain menganggap rakyat Malaysia sebagai beruntung.
“Itu dalam kad pengenalan itu kan, ada duit. Ada dalam 400 ribu rupiah (RM100),” kata Zhiddin.
“Ada duit? Eh kok bisa. Dari mana itu (duitnya?),” soal individu tersebut sebelum Zhiddin membalas bahawa ia adalah pemberian kerajaan Malaysia.
“Duit ini kerajaan beri. Ia dari wang rakyat bayar cukai, kemudian itulah hasilnya. Rakyat dapat berbelanja. Jadi kad itu nanti kalau pergi pasar raya tinggal guna seperti kad debit,” kata Zhiddin.
“Bisa pakai ini (IC)? Beli-beli bisa pakai ini? Pakai kad pengenalan? Semua juga dapat? Eh enak banget jadi orang Malaysia ya,” balas individu itu.
Pada masa sama, anak kepada bekas pengacara program MHI, Allahyarham Aziz Desa itu juga memberitahu mengenai kelebihan kad pengenalan yang boleh diguna di tol-tol di dalam negara.
“Canggih banget ya. Bererti di Malaysia enggak perlu kad tol? Kad pengenalan kalian canggih betul. Eh gila lah Malaysia ini,” balas individu tersebut.
BACA JUGA Debat Kampung Sungai Baru melibatkan mantan wilayah: Apa kata Khalid Samad?