Sembilan letupan ganggu misi Sumud Flotila

Misi kemanusiaan Global Sumud Flotila (GSF) berdepan cubaan ugutan apabila sudah berlaku sembilan letupan udara setakat ini.

Maklumat terbaharu itu dikongsikan menerusi Facebook pendakwah, PU Rahmat sebentar tadi.

“Sekarang ini sudah berlaku letupan yang ke-9.

Hasbunallah wanikmal wakeell. (Cukuplah Allah menjadi penolong kami, dan Dia adalah sebaik-baiknya pelindung),” menurut hantaran itu yang diakhiri dengan tanda pagar Save Sumud.

Sebelum itu, Laporan Situasi (SITREP) dikeluarkan Sumud Nusantara Command Center – MAPIM Central pada pukul 6.15 pagi tadi memaklumkan lapan letupan udara berhampiran kapal mereka serta kapal lain di sekeliling.

Namun, menurut kenyataan itu, 34 delegasi Malaysia kekal selamat dan bersiap-siaga penuh.

Kenyataan tersebut juga memberitahu lebih 15 dron dilaporkan berlegar rendah di atas bot Alma dan beberapa kapal pengiring di Laut Mediterranean.

SITREP turut memaklumkan gangguan itu berlaku ketika flotila berada di zon kelabu, perairan Greece, kira-kira 750 batu nautika dari Gaza.

Jelasnya, sebanyak 15 dron rejim Israel berlegar rendah setiap 10 minit dipercayai bertujuan melakukan intimidasi dan risikan.

Kelmarin, Kementerian Luar Israel menegaskan tidak akan membenarkan flotila bantuan menuju Gaza memecahkan sekatan laut yang dikenakan ke atas wilayah itu.

Kenyataan rejim pengganas itu menyifatkan Gaza sebagai “zon pertempuran aktif” dan menuduh kumpulan Hamas mengatur flotila berkenaan untuk kepentingan politik mereka.

Bagaimanapun, Israel memaklumkan pihaknya bersedia membenarkan kapal-kapal itu berlabuh di Pelabuhan Ashkelon, di mana bantuan boleh dipunggah dan dihantar ke Gaza melalui saluran yang diselaraskan.

Global Sumud Flotila yang turut disertai aktivis iklim terkenal dari Sweden, Greta Thunberg, berlayar dari Tunisia awal bulan ini selepas beberapa kali tertangguh.

Malaysia antara 45 negara dengan kekuatan lebih 500 sukarelawan GSF menaiki 53 buah kapal bersama tiga kapal pemerhati menuju ke Semenanjung Gaza bagi menghantar bantuan makanan serta keperluan.

Israel sebelum ini berjaya menghalang dua cubaan flotila memasuki Gaza pada Jun dan Julai lalu.

@syue.da

UPDATE : 23 Sept 2025 Teruskan mendoakan mereka di G.. Semoga para aktivis sumut frotilla global sampai ke G dengan selamat.. amin #rahmatikhsan #sumutglobalnusantara #mapimmalaysia

♬ original sound – Shue – Shue

BACA JUGA Kerajaan buka portal BUDI MADANI esok untuk semakan kelayakan subsidi petrol