Wanita berang suami curang di klinik padam video, rehat sekejap tapi ada ‘part 5’

Warganet dilihat kecoh apabila wanita yang sebelum ini tular berkongsikan kisah suaminya curang di klinik kesihatan telah memadam empat klip rakaman video bukti perangai pasangannya itu.

Rata-rata bertanyakan mengapa wanita berkenaan yang dikenali sebagai Izyanny bertindak sedemikian.

“Rehat sekejapp… tapi ‘part 5‘ ada!” jawabnya ringkas.

Susulan itu, ramai memberitahu mereka ternanti-nantikan siri pendedahan bahagian kelima tersebut.

Tidak kurang juga menasihati netizen lain agar memberi ruang untuk Izyanny berehat, malah tidak terlalu sibuk mencampuri urusan rumah tangga orang lain.

Dalam masa sama, ada berpendapat empat klip video dikongsikan Izyanny sebelum ini hanya ditetapkan sebagai peribadi bukannya dipadam.

Sebelum ini, tular video seorang wanita berjaya ‘menangkap’ suaminya bersama wanita lain di kaunter pengambilan ubat di sebuah klinik kesihatan.

Lelaki berseluar corak bintang yang sedang cuba memeluk bahu skandalnya itu dilihat terkejut sejurus berpaling ke belakang apabila mendapati isterinya sedang merakam aksi curangnya.

Wanita yang ‘kantoi’ itu pula dilihat cuba melarikan diri sebelum sempat rambutnya ditarik perlahan sambil Izyanny menyoalnya bertubi-tubi dia siapa.

BACA JUGA Heboh ‘kantoi’ curang di klinik kerajaan, ‘seluar bintang’ pula jadi bualan