Pembangkang cari alasan dangkal, IC hilang jadi modal serang BUDI95

Penentangan segelintir penyokong pembangkang terhadap pelaksanaan BUDI95 semakin terserlah sebagai tidak berasas apabila ada yang mendakwa rakyat berisiko kehilangan kad pengenalan (IC) hanya kerana perlu mengeluarkannya ketika membeli petrol RON95 bersubsidi.

Alasan dangkal itu jelas menunjukkan betapa terdesaknya penyokong pembangkang untuk memburukkan usaha Kerajaan MADANI memastikan subsidi minyak tidak bocor ke pihak yang tidak layak.

“Bila IC dah kerap keluar dari kocek atau dompet, risiko IC kita hilang itu ada. Tak mustahil. Betul tak?

“Kalau hilang IC macam mana? Nak buat lesen bukan murah. Patut lebih senangkan rakyat. Kerajaan korang ni dah memang gagal,” demikian kecaman seorang pengguna media sosial pro-pembangkang.

Susulan itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Cabang Pasar Mas, Wan Abdul Hadi Hakimi Wan Mohd Nawi dalam reaksinya menempelak hujah dangkal pemuda penyokong pembangkang berkenaan.

“Ke selama ini memang tak bawa IC keluar rumah? Bila kerajaan buat syarat tunjuk IC, dah menggelupur macam cacing.

“Tak sampai 20 saat pun untuk verifikasi IC mengesahkan diri berstatus warganegara.

“IC pun tak boleh jaga, merengek kata kerajaan menyusahkan rakyat…,” ujarnya.

Beliau bagaimanapun berkata, tidak salah mengkritik dasar kerajaan tetapi berilah cadangan yang bernas.

“Kad pengenalan tanggungjawab kau (untuk jaga). Takkan kerajaan kena fikir. Kad pengenalan kau hilang, kau nak salahkan kerajaan?

“Semua perkara yang berlaku dalam hidup kau, kau nak salahkan kerajaan?!” bidas Wan Hadi lagi.

Pelaksanaan sepenuhnya BUDI95 pada 30 September ini bertujuan bagi memastikan subsidi minyak dinikmati oleh rakyat Malaysia yang layak, dan bukan dieksploitasi warga asing atau pihak yang tidak berhak.

Bermula hari ini, kira-kira 300,000 anggota tentera dan polis menjadi kumpulan peringkat pertama menikmati subsidi petrol RON95 pada harga RM1.99 seliter berbanding pasaran semasa RM2.05 seliter.

Kerajaan menanggung subsidi RON95 sekitar RM8 bilion setahun sebelum BUDI95 diperkenalkan.

Pelaksanaan BUDI95 meletakkan unjuran penjimatan antara RM2.5 bilion hingga RM4 bilion setahun, bergantung kepada harga minyak mentah dunia.

BACA JUGA Belum pun 30 September, walaun dah keluar ‘drama di stesen minyak’