Iran dikenakan sekatan lagi

PBB telah mengenakan semula sekatan ke atas Iran semalam ketika negara tersebut berdepan masalah kekurangan makanan.

Sekatan tersebut berkuatkuasa pada pukul 0000 GMT.

Sekatan tersebut antara lain akan membekukan aset luar negara Iran, menghentikan perjanjian senjata Tehran dan menghukum sebarang pembangunan program senjata berpandu.

Sekatan ini dibuat dalam keadaan ekonomi Iran yang menguncup.

Mata wang rial berada di tahap terendah dan ini meningkatkan harga makanan dan menjadikan hidup seharian cabaran.

Masyarakat Iran juga bimbang dengan kemungkinan perang Iran-Israel dan Amerika Syarikat akan tercetus lagi.

Ini kerana tapak-tapak peluru berpandu yang dibom dalam perang 12 hari dalam bulan Jun sedang dibina kembali.

Tehran telah memanggil semula dutanya dari United Kingdom, Perancis dan Jerman ekoran sekatan ini.

BACA JUGA: Belum pun 30 September, walaun dah keluar ‘drama di stesen minyak’