Lebih 45 bot awam Turkiye bergerak ke Gaza selepas aktivis Sumud Flotilla diculik
Puluhan bot Turki dilihat berlayar sambil mengibarkan bendera Palestin di perairan Hatay, selatan negara itu, lapor Al Jazeera.
Pelayaran itu sebagai tanda solidariti bersama aktivis flotilla (rombongan kapal) menuju ke Gaza yang telah dipintas dan ditahan oleh tentera Israel.
Sebuah agensi berita dari Itali, Agenzia Nova menyebut bahawa lebih daripada 45 kapal awam Turki telah berlepas dari Pelabuhan Hatay menuju pantai Gaza.
Semalam, masyarakat dunia dikejutkan dengan penahanan secara salah oleh Pasukan Pendudukan Israel (IOF) terhadap aktivis misi Global Sumud Flotilla (GSF).
Sekurang-kurang 317 aktivis daripada 21 kapal yang menyertai misi GSF telah diculik oleh tentera pengganas Israel berdasarkan data penjejak flotila.
Mereka yang dalam usaha menembusi sekatan maritim ke Gaza itu berasal dari sekurang-kurangnya 37 negara, termasuk Sweden, Brazil, Perancis, dan Malaysia.
Setakat jam 10 malam tadi, seramai 23 rakyat Malaysia yang menyertai misi kemanusiaan itu ditahan oleh Israel ketika pelayaran memasuki zon merah di perairan Gaza.

BACA JUGA Sokongan PMX kepada GSF diputar belit, perangai keji pembangkang dibidas