Gandingan PMX–Erdogan: Kerjasama luar biasa dua tokoh yang menyelamatkan
OLEH MOHAMED HADI
Wirawan wirawati Sumud dari Malaysia ditangkap oleh rejim lahanat sewaktu kita semua tidur dinihari Khamis yang lalu.
Pagi Khamis dah gempar, petang Khamis terus turun berdemo. Jumaat berdemo. Sabtu pun ada yang berdemo walaupun sambil menunggang.
Sabtu petang, wirawan wirawati kita diterbangkan keluar dari negara haram tu, Sabtu malam dah sampai Istanbul.
Kalau kira sebenarnya tak sampai 3 hari pun. Tak sempatlah Takiyuddin desak nak buat sidang khas parlimen hari Isnin ni sebab hari Sabtu para pejuang kita dah selamat berada di Istanbul. Tak sempat puak tu nak buat modal.
Gerak kerja, operasi dan komunikasi tahap luar biasa apakah yang kita saksikan, semuanya dapat disudahkan dalam tempoh tak sampai 3 hari. Kalau nak ikutkan çay Najmuddin Yusoff pun tak sempat nak sejuk.
Sedangkan kita telah dengar desas-desus ada pihak yang tak percaya pejuang kita boleh diselamatkan dalam tempoh ‘sehari dua’ malah ada yang membayangkan mereka boleh ditahan sehingga berbulan-bulan lamanya.
Kita juga tahu yang pada awalnya Turkiye tidak terlibat dalam percaturan asal, tapi kerana tindakan segera Presiden Erdogan dan Fatimah, para pejuang kita dapat diselamatkan dengan kadar yang cukup pantas.
Tentulah Erdogan pun masih teringat-ingat akan budi baik Malaysia yang segera membantu Turkiye sewaktu negara tersebut ditimpa musibah gempa bumi di Gaziantep pada Februari 2023.
Gandingan Erdogan dan PMX memimpin Turkiye dan Malaysia sebagai sahabat sejati di kala susah dan senang.
Terlalu banyak perkara yang kita boleh pelajari sepanjang tiga, empat hari ini. Cukup luar biasa pengajarannya. Syukur alhamdulillah.
Dunia boleh menyelamatkan saudara-saudara kita yang dizalimi jika kita benar-benar teguh berganding bahu menentang rejim sewel tersebut dengan segala ikhtiar diplomasi yang kita ada.
BACA JUGA Semua 23 peserta GSF tiba di Istanbul 8.30 malam tadi, dijangka pulang pada Isnin