Defisit dan nisbah defist KDNK dah turun
Penyata kewangan Kerajaan Persekutuan bagi tahun 2024 menunjukkan peningkatan prestasi kewangan dengan penurunan defisit dan nisbah defisit dalam Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) kata Ketua Audit Negara, Datuk Seri Wan Suraya Mohd Radzi.
pada 2024, defisit tersebut telah menunjukkan penurunan sebanyak RM12.224 bilion kepada RM79.166 bilion berbanding RM91.390 bilion pada tahun sebelumnya.
“Nisbah defisit kepada KDNK turut berkurang kepada 4.1%, berbanding 5.0% pada tahun 2023, dan lebih baik daripada sasaran 4.3% yang ditetapkan dalam Belanjawan 2024.
“Pencapaian ini meletakkan asas kukuh untuk mencapai sasaran defisit jangka sederhana di bawah tiga peratus,’’ katanya, merujuk kepada Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 2025.
Dalam pada itu, Wan Suraya turut menumpukan perhatian terhadap projek-projek yang belum siap.
Antaranya. projek Pangkalan Operasi Hadapan Di Pulau Mabul, Semporna, Sabah yang sepatutnya siap pada 16 November 2024 namun masih belum disiapkan sehingga Julai lalu walaupun telah dirancang sejak 2016 dan diluluskan di bawah Rolling Plan Kedua Rancangan Malaysia Ke-11 (RMK11).
“Antara isu utama yang dikenal pasti adalah kelewatan pembinaan Bangunan Penempatan
Semula (BPS), main building (selain dari BPS) masih belum siap dan pembinaan jeti yang belum dimulakan,’’ katanya.
Selain itu beliau menambah bahawa sebanyak 1,856 badan telah diaudit menerusi Sistem e-SelfAudit.
“Pengauditan Sistem e-SelfAudit mengadaptasi penggunaan pendigitalan dan teknologi terkini bagi membolehkan kesemua syarikat tersebut dapat diaudit setiap tahun dengan tiga elemen utama yang diaudit ialah pencapaian mandat dan objektif penubuhan; pematuhan aspek tatakelola dan prestasi kewangan.
“Sebanyak 13 Penyata Kewangan Kerajaan Negeri bagi tahun berakhir 31 Disember 2024 telah diaudit dan dikeluarkan Sijil Ketua Audit Negara dengan Pendapat Tanpa Teguran kepada empat negeri iaitu Melaka, Pahang, Pulau Pinang dan Terengganu.
Laporan Ketua Audit Negara (LKAN) 3/2025 yang akan dibentang dalam Dewan Rakyat pada hari ini.
BACA JUGA: Kedah mohon pampasan RM200 juta kekalkan tanah sawah, ini status permohonannya