Kedah mohon pampasan RM200 juta kekalkan tanah sawah, ini status permohonannya
Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan Datuk Seri Mohamad Sabu mengesahkan bahawa kerajaan sedang meneliti permohonan pembayaran pampasan RM200 juta untuk pengekalan tanah sawah yang dimohon oleh kerajaan negeri Kedah.
“Kerajaan sedang meneliti permohonan ini dengan memberikan penekanan kepada pengekalan tanah sawah di samping implikasi kewangan kepada kerajaan,” kata beliau dalam jawapan bertulis kepada Datuk Ahmad Saad (PN-Pokok Sena).
Beliau turut menyatakan insentif bantuan yang turut disediakan oleh kerajaan persekutuan/
“Isu keterjaminan makanan adalah merupakan tanggungjawab bersama, dan kerajaan mengiktiraf sumbangan negeri Kedah sebagai pengeluar utama padi negara dan sehubungan itu kerajaan telah memperuntukkan insentif untuk pesawah bagi tahun 2025 merangkumi Skim Subsidi Harga Padi sebanyak RM825 juta, Skim Insentif Tanaman Padi sebanyak RM1.379 bilion dan Skim Takaful Tanaman Padi sebanyak RM45 juta.”
Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Ahmad sama ada kerajaan pusat mempertimbangkan pampasan RM200 juta atas usaha mengekalkan tanah pertanian sawah padi yang menyumbang kepada keselamatan makanan negara.
BACA JUGA: Mat Sabu masuk IJN kerana simtom keletihan