Ini perkembangan terbaharu Akta Perkhidmatan Parlimen 2025

Akta Perkhidmatan Parlimen 2025 akan berkuatkuasa pada Mei 2026.

Menurut Menteri Undang-Undang dan Reformasi Institusi Datuk Seri Azalina Othman Said, dua proses sedang dijalankan dalam tempoh sebelum ia berkuatkuasa.

“Pada ketika ini, penelitian sedang dibuat terhadap peraturan- peraturan yang melibatkan pelantikan, terma perkhidmatan, tatatertib dan penamatan pegawai bagi membolehkan proses seterusnya berjalan lancar.

“Dalam masa yang sama, rundingan juga sedang berjalan bersama-sama agensi pusat bagi membolehkan struktur organisasi Perkhidmatan Parlimen ini dapat dimuktamadkan sebelum akta ini berkuatkuasa kelak.”

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Datuk Seri Amirudin Shari (PH-Gombak) yang bertanya mengenai perkembangan terkini dan garis masa pelaksanaan akta tersebut.

BACA JUGA: Malaysia-Pakistan teguh sokong Palestin, pertahan prinsip kemanusiaan