Pendirian Malaysia terhadap pelan damai anjuran Trump antara isu panas Dewan Rakyat
Pendirian kerajaan Malaysia terhadap Pelan Damai 20 Perkara yang diusulkan oleh Presiden Amerika Syarikat Donald Trump berhubung konflik Israel – Palestin dan usaha Malaysia memperjuangkan hak rakyat Palestin bakal mencuri perhatian Dewan Rakyat semasa waktu pertanyaan menteri.
Soalan ini dikemukakan oleh Datuk Mohd Shahar Abdullah (BN-Paya Besar).
Ini adalah salah satu daripada dua soalan yang akan dijawab oleh Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Isu kedua yang akan dijawab oleh Anwar adalah berkaitan persediaan kerajaan untuk menjayakan Tahun Melawat Malaysia 2026.
Datuk Wira Mas Ermieyati Samsudin (PN-Masjid Tanah) bertanya mengenai persediaan khususnya dari segi promosi antarabangsa, penglibatan kerajaan negeri, perbelanjaan berasaskan prinsip ‘value for money’.
Dua RUU akan dibacakan buat kali pertama hari ini iaitu RUU Perbekalan 2026 oleh Menteri Kewangan dan RUU Agensi Persendirian (Pindaan) 2025.
BACA JUGA: Mat Sabu masuk IJN kerana simtom keletihan