Waktu pertanyaan Perdana Menteri yang melibatkan pendirian Malaysia berkait pelan damai Palestin ditunda

Waktu pertanyaan Perdana Menteri yang sepatutnya menyaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan pendirian Malaysia berhubung isu pelan damai Palestin dan Israel ditiadakan pada hari ini.

Menteri Undang-Undang dan Reformasi Datuk Seri Azalina Othman Said membentangkan usul tersebut.

Usul tersebut diluluskan.

Yang dipertua Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul bagaimanapun memberikan kata duanya kepada Datuk Shahar Abdullah (BN-Paya Besar) bahawa isu tersebut akan dijawab oleh Perdana Menteri pada waktu lain.

Waktu baharu untuk menjawab soalan tersebut tidak dinyatakan.

BACA JUGA: Pendirian Malaysia terhadap pelan damai anjuran Trump antara isu panas Dewan Rakyat