Perlu bijak berdiplomasi, kata Anwar kepada pengkritik ekoran jemputan untuk Trump
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memulangkan paku buah keras kepada segelintir yang mengkritiknya ekoran jemputan yang diberikan kepada Presiden Amerika Syarikat Donald Trump untuk menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN hujung bulan ini.
Ini kerana para pengkritiknya tidak mempunyai kebijaksanaan untuk berdiplomasi, waima dengan musuh sekalipun.
Beliau menegaskan keperluan untuk mencari penyelesaian yang tuntas meskipun umum mengetahui bahawa Amerika ialah sekutu kuat Israel.
Beliau menambah bahawa rundingan perlu diadakan dan ini terbukti ketika zaman Nabi Muhammad.
“Yang kita lawan itu gergasi Israel, tapi sedikit pun kita tak takut, cemas.
“Saya bukan mengalah. Saya nak runding.
“Kita nak cari penyelesaian. Penyelesaian itu ada kebijaksanaan. Bukan kita menyerah. Kita mencari helah penyelesaian, diplomasi.
“Jangan ikut sentimen, angkuh kita seolah kita tahu semua.
Hina nama saya, atas nama ASEAN, jemput Donald Trump. Ini soal kebijaksanaan. Politik, kematangan harus ada.
Beliau berkata demikian dalam Himpunan Malaysia Bersama Gaza di Bukit Jalil.
Para peserta Sumud Nusantara turut memberi ucapan sebelum Anwar.
BACA JUGA: Panggilan ‘IOF’ sengaja diguna dedah perangai sebenar tentera Israel