PMX dipohon bantu hantar bantuan melalui jalan darat pula ke Gaza

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim diminta untuk membantu misi kemanusiaan Sumud Nusantara ke Gaza melalui jalan darat.

Ketua Pengarah Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC), Datuk Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, Perdana Menteri boleh menggunakan hubungan akrabnya bersama kerajaan Mesir bagi menghantar misi melalui negara tersebut ke Gaza.

“Secara langsung, saya terfikir untuk minta tetapi malam ini saya minta agar Perdana Menteri mengunakan saluran beliau kerana rapat dengan Presiden Mesir, Abdel Fattah Saeed Hussein Khalil Al-Sisi.

“Kami mohon izin untuk Sumud Nusantara menghantar bantuan melalui darat, kita sudah tiada peluang lain lagi,” katanya.

Sani Araby berkata demikian ketika berucap pada Himpunan Soladariti Gaza di Stadium Arena Axiata malam tadi.

Menurutnya, beliau juga mahu Perdana Menteri menjadi ketua misi (Chef de Mission) dalam pembebasan bumi Palestin.

“Saya juga harap agar Datuk Seri Anwar menjadi Chef de Mission agar Malaysia membebaskan Gaza dan membina semula kawasan tersebut,” kata beliau lagi.

BACA JUGA Perlekeh misi Global Sumud Flotilla ke Gaza sama macam cicak