Terima kasih PMX kerana sudi naungi Sumud Nusantara dan gegarkan dunia
Pendakwah Muhammad Abdullah yang mesra dipanggil Ustaz Mad Kecik pada 26 Julai lalu menyertai perhimpunan bagi mendesak Datuk Seri Anwar Ibrahim turun dari jawatan Perdana Menteri.
Malam tadi, umpama berpusing 180 darjah, Ustaz Mad Kecik menyatakan penghargaan terhadap Anwar selaku Penaung Sumud Nusantara ke Gaza.
Bahkan, pemilik kepada sebuah sekolah agama di Kuala Berang, Terengganu itu turut menyifatkan Anwar sebagai telah menggegarkan dunia.
“Saya berterima kasih kepada Perdana Menteri kerana sudi menaungi Sumud Nusantara dan menggegarkan dunia,” katanya.
Ustaz Mad Kecik, 33, sebelum ini antara 23 sukarelawan Malaysia yang diculik rejim Zionis Israel ketika menyertai misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla (GSF) ke Gaza.
Walaupun bertubuh kecil, Ustaz Mad yang juga anak keempat daripada enam beradik itu, pernah terbabit dalam misi ke Turkiye dan Syria.
BACA JUGA Trump dakwa Israel dan Hamas telah menyetujui fasa pertama pelan gencatan senjata Gaza