Tiada pemalsuan dokumen tujuh pemain, ini intipati penting penjelasan Saifuddin di Parlimen
Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasuition menegaskan tidak ada berlaku sebarang pemalsuan dokumen oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) membabitkan tujuh pemain warisan Harimau Malaya.
Beliau menegaskan, tidak berlaku pemalsuan atau penyelewengan dalam proses pemberian kewarganegaraan kerana setiap kelulusan dibuat mengikut peruntukan undang-undang serta prosedur sah Kerajaan Malaysia.
“Isu ini bukan soal mempertikai integriti mana-mana pihak, sebaliknya tentang memperbetulkan persepsi.
“Yang pasti, kedaulatan undang-undang negara kekal terpelihara, dan setiap proses naturalisasi yang dijalankan adalah sah, telus, serta berlandaskan perundangan,” katanya.
Berikut merupakan infografik mengenai intipati penjelasan penting yang disampaikan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.



BACA JUGA Kerajaan tak pernah terlibat pemilihan pemaju Kampung Sungai Baru