Kekal potong 20 peratus gaji Jemaah Menteri
Semua ahli Jemaah Menteri akan meneruskan potongan gaji mereka pada tahun hadapan.
Menteri Kewangan, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, potongan itu melibatkan 20 peratus daripada gaji mereka.
Terdahulu, ketika Belanjawan 2025, Anwar mengumumkan tidak menerima gaji.
Sementara itu, menteri Kabinet lain serta lantikan politik pula akan dipotong gaji sebanyak 20 peratus.
Menurutnya, Ketua Setiausaha Negara (KSU) dan Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (KPPA) turut secara sukarela menyumbang balik pelarasan gaji tujuh peratus yang ditawarkan di bawah Sistem Saraan Perkhidmatan Awam (SSPA).
Jelasnya, langkah itu diambil atas keprihatinan terhadap permasalahan rakyat dan tantangan fiskal.
Untuk rekod, di bawah kepimpinan Perdana Menteri Anwar sekarang, jumlah Jemaah Menteri adalah 31 orang menteri.
BACA JUGA Penjawat awam terima Bantuan Khas Kewangan RM500, pesara RM250 sempena Aidilfitri 2026