Penjawat awam terima Bantuan Khas Kewangan RM500, pesara RM250 sempena Aidilfitri 2026

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan Bantuan Khas Kewangan RM500 kepada semua penjawat awam gred 56 dan ke bawah termasuk lantikan kontrak.

Ia mengambil kira peningkatan gaji 2026 yang melibatkan penambahan RM18 bilion, disusuli pemberian STR dan SARA.

Bantuan Khas Kewangan turut diberikan kepada semua pesara kerajaan termasuk veteran berpencen dan veteran tidak berpencen sebanyak RM250.

Bantuan berkenaan akan disalurkan pada awal Mac 2026 sempena menyambut Aidilfitri.

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata, bantuan berkenaan akan disalurkan sempena Aidilfitri, pada awal Mac tahun depan.

BACA JUGA Bayaran STR Fasa 4 masuk awal dua hari sebelum Deepavali