Mana kelibat Marang?
Ketiadaan Ahli Parlimen Marang, Tan Sri Abdul Hadi Awang yang juga Presiden Pas di Dewan Rakyat hari ini dilihat menarik perhatian warganet.
Kerusi wakil rakyat berkenaan kosong ketika Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan (Belanjawan) 2026.
Rata-rata menyindir ketidakhadiran Abdul Hadi semasa pembentangan belanjawan kali keempat oleh Kerajaan MADANI pimpinan Anwar itu.
“Tengah cari idea untuk tulis Minda Presiden tu…
“Ada (hadir). Pakai baju lutsinar. Orang kata siapa tak nampak Marang, tu petanda pendek umur,” demikian antara sindiran netizen.
Abdul Hadi semasa pembentangan belanjawan tahun lalu juga didapati tidak hadir.
Malah, bekas Menteri Besar Terengganu sepenggal berkenaan sememangnya umum dikenali mempunyai rekod kehadiran ke Dewan Rakyat yang rendah.
Presiden Pas itu pernah merekodkan kedatangan ke Dewan Rakyat yang dilaporkan terendah dengan hanya menghadiri 21 daripada 71 sesi pada 2022.
Hadi bagaimanapun dalam reaksinya menegaskan kehadiran Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat tidak boleh disamakan dengan kedatangan pelajar ke sekolah kerana ia berbeza daripada segi sistem dan perjalanan.
Katanya lagi, ramai tidak memahami peranan Ahli Parlimen ke Dewan Rakyat kerana ia berbeza berbanding kehadiran pelajar ke sekolah pada setiap hari.
BACA JUGA Kekal potong 20 peratus gaji Jemaah Menteri