Ini apa yang digaduhkan di sosial media tentang PTPTN percuma

Kerajaan nampaknya mengambil langkah berani memecahkan kitaran kemiskinan dengan memberikan pendidikan percuma kepada anak-anak keluarga miskin mulai tahun depan.

Ini antara isu yang dibincangkan secara terbuka di media sosial. Ada yang meragui pengumuman itu, mengatakan mungkin ada muslihat di sebaliknya, malah ada juga yang menyindir kononnya ia ‘dedak PRU16’.

Namun di sebalik suara sinis itu, ramai menyokong langkah kerajaan ke arah pendidikan percuma, menyifatkannya sebagai permulaan berani atau ‘baby step’ penting ke arah sistem pendidikan lebih adil untuk semua.

Menurut pengumuman semalam, sebanyak 5,800 keluarga miskin berpendapatan isi rumah kurang daripada RM2,705 akan diberikan bantuan pendidikan percuma melalui Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional yang mengikuti pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA).

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata bantuan itu, membabitkan peruntukan RM120 juta setahun bagi keluarga miskin.

Reaksi rakyat Malaysia yang membincangkan isu ini agak positif dengan rata-rata bersyukur dan ternanti-nanti kriteria untuk memenuhi tawaran pendidikan percuma ini.

Ia juga mendapat sokongan ramai yang lega melihat golongan miskin selepas ini tidak tercicir dalam melanjutkan pengajian ke peringkat lebih tunggi.

“Kalau buat subsidi bersasar banyak penjimatan wang negara dan boleh membantu rakyat yang betul-betul memerlukan. Rasanya tak salah kalau kurangkan subsidi pada rakyat kaya dan berikan pada rakyat miskin barulah negara harmoni,” kata Man Roma.

“Walaun tengah cari modal nak maki apa. Nampak sangat Mahathir perintah selama ini kekayaan hanya berlegar dalam kalangan kroni padahal Malaysia sangat-sangat kaya dan boleh bagi macam-macam untuk rakyat…,” kata Cahaya.

“PMX satu-satunya dapat bagi pendidikan percuma kepada golongan B40 yang bergaji dibawah RM2705,” kata Razman Abdul.

Tidak ketinggalan reaksi yang ragu-ragu dengan pengumuman tersebut kerana bagi mereka tidak mungkin kerajaan bermudah-mudah memberi pendidikan percuma.

“Cadangan PMX inikan dengar boleh tapi percaya tak payahlah. Di sebalik cadangan-cadangan manis ini akan ada isu lain akan dirampas oleh malanon ni. Hati-hati. Semua dibuat demi kuasa takut kalah lepas ni,” kata Sue salleh

“Memang bagus tapi sebenarnya perangkap yang dipasang Anwar,” kata Norazizan.

BACA JUGA Ramai tak perasan poin penting ucapan PM semalam, semua dapat ‘duit poket’ tiap bulan?