Ramai tak perasan poin penting ucapan PM semalam, semua dapat ‘duit poket’ tiap bulan?

Ramai mungkin terlepas pandang satu pengumuman penting dalam ucapan Belanjawan 2026 semalam di mana bermula tahun depan semua penerima Sumbangan Tunai Rahmah (STR) akan dapat duit poket setiap bulan.

Apa maksudnya?

Pengumuman ini adalah yang paling baharu sekali dalam usaha kerajaan membantu penerima STR menampung keperluan asas secara berterusan, bukan lagi sekadar bantuan one-off seperti sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan, bermula tahun depan, semua penerima STR akan turut menerima Sumbangan Asas Rahmah (SARA) setiap bulan.

Untuk rekod sebelum ini SARA berjumlah RM100  hanya disalurkan setiap bulan kepada penerima e-Kasih iaitu mereka dalam golongan miskin dan miskin tegar.

Manakala golongan B40 dan M40 hanya menerima bantuan STR yang disalurkan secara berfasa dan bukan bulanan.

Dijangkakan seramai sembilan juta penerima STR akan menerima bantuan SARA sehingga RM100 sebulan, bersamaan RM1,200 setahun.

Satu juta penerima STR di bawah sistem eKasih pula akan menikmati bantuan SARA lebih tinggi sehingga RM200 sebulan atau RM2,400 setahun.

Turut diumumkan, kategori bujang akan menerima RM50 sebulan atau RM600 setahun melalui SARA.

BACA JUGA Penjawat awam terima Bantuan Khas Kewangan RM500, pesara RM250 sempena Aidilfitri 2026