Zulhazmi sahut cabaran Annuar Musa bila Zaliha tak jawab

Peguam, Zulhazmi Shariff berkata, beliau sanggup menyahut cabaran Tan Sri Annuar Musa bagi pihak Menteri Wilayah Persekutuan, Dr Zaliha Mustafa berkenaan isu Kg Sungai Baru.

Ia berhubung kenyataan Annuar supaya Dr Zaliha Mustafa mengulangi kenyataannya di luar Dewan bahawa pengambilan tanah Kg Sungai Baru diambil secara tergesa-gesa.

Zaliha berkata menteri ketika itu iaitu Tan Sri Annuar Musa perlu ditanya tentang keputusan tersebut.

“Terbaca katanya Annuar Musa mencabar Dr Zaliha tentang isu Kg Sungai Baru. Kata Annuar, kalau berani ulang di luar Dewan Rakyat.

“Kalau Zaliha tak berani aku sambut ja. Memang pengambilan tanah Kg Sungai Baru di bawah Akta Pengambilan Tanah 1960 berlaku semasa Annuar Musa menjawat Menteri Wilayah Persekutuan.

“Benda macam tu pun takut..,” kata Zulhazmi.

Semalam, Zaliha memberitahu Dewan Rakyat bahawa pewartaan pengambilan tanah melibatkan Kampung Sungai Baru pada 2021 dibuat secara tergesa-gesa.

Menurutnya, permohonan pemaju untuk mengambil tanah termasuk unit flat dan lot teres dipertimbangkan dalam mesyuarat pasca Kabinet kementerian pada 9 Sept 2020, dipengerusikan Annuar.

BACA JUGA Kerajaan Kelantan alu-alukan peruntukan Pusat, harap projek berjalan ikut jadual