Berita baik untuk pemandu e-hailing, pengguna bot Sarawak

Kementerian Kewangan telah mengumumkan peluasan subsidi bersasar Budi Madani RON95 (BUDI95) khas untuk penggua bot Sarawak. Ia susulan daripada pengaktifan kelayakan pengguna bot Sabah dan nelayan yang berdaftar di bawah Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia.

Pemandu e-hailing turut mendapat faedah.

“Pada masa yang sama, siling penggunaan bagi pemandu e-hailing sepenuh masa telah dinaikkan sekali ganda kepada 600 liter sebulan,” kata Kementerian Kewangan (MOF) dalam satu kenyataan.

MOF menambah bahawa data yang diperoleh daripada Lembaga Sungai-Sungai Sarawak dan agensi Kerajaan Negeri yang berkaitan, telah digunakan mengaktifkan kelayakan BUDI95 kepada lebih 1,400 pengguna bot persendirian berdaftar di negeri berkenaan.

Bagi pemandu e-hailing sepenuh masa, MoF telah menyemak silang data bersama Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD), melibatkan lebih 53,900 individu yang akan menerima kenaikan siling kelayakan kepada 600 liter sebulan,” katanya.

Selain itu, lebih 11,400 lagi pemegang lesen memandu kini layak menerima BUDI95.

BACA JUGA: AMANAH sambut baik Belanjawan 2026: Bukti komitmen Kerajaan MADANI perkasa pendidikan negara