Dewan Rakyat mulakan perbahasan peringkat dasar Belanjawan 2026 hari ini
Belanjawan 2026 akan dibahas di peringkat dasar selama lapan hari bermula hari ini.
Menurut takwim Parlimen, penggulungan Menteri kemudiannya menyusul selama empat hari bermula 29 Oktober.
Seterusnya, bermula 5 November, perbahasan di peringkat Jawatankuasa selama 14 hari.
Pada 10 Oktober lalu, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim yang juga Menteri Kewangan membentangkan belanjawan keempat di bawah Kerajaan MADANI.
Bertemakan ‘Belanjawan Rakyat’ dengan peruntukan RM470 bilion perbelanjaan awam, Belanjawan 2026 adalah yang pertama di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13).
Mesyuarat Ketiga Penggal Keempat Parlimen ke-15 bagi Dewan Rakyat berlangsung selama 35 hari sehingga 4 Disember ini.
BACA JUGA Rejim Israel ugut jika rakyat Palestin rayakan pembebasan tahanan