Malaysia di tangga ke-10 dalam International Expat Insider Survey
Malaysia menduduki tempat ke-10 dalam International Expat Insider Survey 2025.
Dalam kalangan negara Asia, Malaysia berada di tempat kelima.
Berikut adalah senarai 10 negara tersebut:
- Panama
- Colombia
- Mexico
- Thailand
- Vietnam
- China
- UAE
- Indonesia
- Spain
- Malaysia
Menurut seorang warga Australia Christine Reynolds yang menetap di sini kemudahan kewangan individu, perumahan dan nbahasa merupakan faktor penarik kepada orang asing terutamanya golongan ekspatriat.
Ia sangat mudah untuk pindah ke sana dan menyesuaikan diri. Tambahan pula Bahasa Inggeris turut ditutur,” kata Reynolds.
Kebanyakannya tertarik untuk menetap di barat daya Pulau Pinang dan Kuala Lumpur namun Sarawak juga menarik perhatian mereka.
Warga Amerika Syarikat, Kirsten Raccuia tertarik dengan kepelbagaian Malaysia.
“Ada saja perayaan keagamaan atau kebudayaan, jadi anda boleh berdiri di depan kuil Hindu,kuil Buddha atau mendengar azan dari masjid pada masa sama,” kata Raccuia menerus blognya, Sand in My Curls.
Golongan ekspatriat turut menghargai faktor mampu milik dalam bidang perubatan, perumahan dan pengangkutan.
“Kos tempat tinggal adalah rendah untuk mendapatkan sebuah apartmen ddengan kemudahan gimnasium dan kolam renang.
“Pada hujung minggu anda boleh menuju ke pantai, hutan, lihat orang utan di Borneo atau terbang ke Thailand,” kata Reynolds.
Kumpulan expatriate turut memuji keseimbangan kehidupan bekerja.
Malaysia serius apabila bekerja tetapi memberikan anda ruang dan masa untuk beristirehat,” kata pengurus Anantara Desaru Coast Resort & Villas, Farah Jaber.
Untuk golongan nomad digital, Malaysia menawarkan salah satu visa termudah, kemudahan wi-fi berkualiti dan ruang kerja bersama.
Untuk mereka yang mahu menetap di Malaysia dalam tempoh yang lama boleh memohon untuk menyertai program Malaysia My Second Home, lapor BBC.
BACA JUGA: Zulhazmi sahut cabaran Annuar Musa bila Zaliha tak jawab