Israel langgar gencatan senjata, 9 rakyat Palestin ditembak mati di Gaza

Israel menembak mati sekurang-kurangnya sembilan rakyat Palestin di Gaza walaupun gencatan senjata yang dipersetujui antara Hamas dan Israel sedang berkuat kuasa.

Lapor Al Jazeera memetik sumber dari Hospital Arab al-Ahli, mereka dibunuh ketika cuba pulang ke rumah masing-masing di utara Bandar Gaza dan selatan Khan Younis.

Kezaliman rejim pengganas itu merupakan pelanggaran besar pertama sejak gencatan senjata yang ditaja oleh Amerika Syarikat (AS) bermula.

Tentera rejim memberi alasan kononnya tembakan itu dilepaskan untuk menyingkirkan ancaman yang ditimbulkan oleh sekumpulan individu yang menghampiri pasukan mereka di utara Gaza.

Menurut kenyataan itu, Pasukan Pendudukan Israel (IOF) telah melepaskan tembakan ke arah ‘suspek’ yang ‘melintasi garisan kuning’ iaitu garisan yang menjadi sempadan penarikan balik tentera rejim di bawah perjanjian gencatan senjata yang berkuat kuasa pada 10 Oktober lalu.

Penduduk Gaza terbabit ditembak kononnya kerana telah menghampiri anggota tentera, sekali gus melanggar perjanjian tersebut.

BACA JUGA Tukarkan ke Pasti, patutlah guru berbaki 10 tahun perkhidmatan ini dikecam