Tukarkan ke Pasti, patutlah guru berbaki 10 tahun perkhidmatan ini dikecam

Seorang guru mengundang kecaman warganet termasuk disindir agar ‘ditukarkan’ menjadi guru Pusat Asuhan Tunas Islam (Pasti) di bawah kendalian Pas dengan pendapatan hanya antara RM600 hingga RM700 sebulan.

Reaksi netizen itu susulan komentar guru lelaki berkenaan yang secara terbuka memusuhi kerajaan semasa.

“Saki-baki walanon perasan kuat UMDAPH jadi kerajaan dengan majoriti pilihan rakyat.

“Rakyat bijak menilai, menolak UMDAPH,” menurut guru berkenaan.

Tangkap layar komentar guru yang mengajar di sekolah rendah di sekitar Lembah Kelang itu dikongsikan bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Titi Serong, Hasnul Zulkarnain Abdul Munaim.

Rata-rata menyelar kenyataan guru itu yang dilihat tidak patut diucap penjawat awam lebih-lebih lagi berstatus guru.

Semua penjawat awam perlu memberikan taat setia dan melaksanakan setiap dasar kerajaan tanpa memihak kepada parti pembangkang.

Penjawat awam harus mengetepikan soal fahaman politik dan memberikan perkhidmatan terbaik kepada ‘Goverment of the day’ yang dipilih rakyat secara demokrasi menerusi proses pilihan raya.

BACA JUGA Kes pelajar maut ditikam: Pentadbir sekolah dipindahkan