‘Kalau tak reti baca, itu salah sendiri’ – Rafizi jawab dakwaan MP Pas Belanjawan 2026 cuma kosmetik

Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli menjawab soalan dibangkitkan oleh Datuk Nik Muhammad Zawawi Salleh (PN-Pasir Puteh), kononnya pembentangan Belanjawan 2026 sebagai kosmetik semata-mata.

Rafizi di Dewan Rakyat semalam membalas, setiap belanjawan disediakan mengikut peraturan kewangan antarabangsa dan bukan sesuka hati.

Beliau berkata, jika ahli Dewan Rakyat tidak reti baca, itu adalah salah mereka sendiri 

“Pasir puteh, sebenarnya setiap belanjawan itu disediakan mengikut peraturan kewangan antarabangsa. Mana angka yang disemak, mana angka yang diunjurkan semua itu mengikut peraturan antarabangsa. 

“Kalau kita sebagai ahli Dewan yang tak reti baca, itu salah kita. Jadi sebab itu pentinglah untuk kita faham satu-satu dan itulah gunanya perbahasan kali ini supaya kita boleh bawa kepada rakyat tentang perbezaan semakan unjuran dan sebagainya,” katanya.

Beliau berkata demikian menjawab dakwaan Pasir Puteh bahawa Belanjawan 2026 adalah kosmetik. Beliau juga mempersoal adakah kerajaan mampu melaksanakan semua janji yang dibentangkan dalam belanjawan tersebut.

“Belanjawan ini seolah-olah satu pembentangan yang ada unsur-unsur kosmetik. Jadi sebab itu saya kira pihak kerajaan  dia tidak boleh membentangkan belanjawan ini … Saya minta Ahli Parlimen Pandan komen adakah bajet yang dibentangkan ini mampu dilaksanakan oleh kerajaan dalam masa terdekat,” tanya Pasir Puteh.

BACA JUGA Bank Negara sasar Ringgit capai RM4 berbanding 1 USD hujung tahun ini