Di mana Qhalesya Medina Roselaine?

Qhalesya Medina Roselaine kali terakhir dilihat di Tiara Apartment, Jalan Damar SD15/6, Bandar Sri Damansara, jam 5 petang pada 11 Oktober lalu.

Remaja perempuan berusia 14 tahun yang dilaporkan hilang secara misteri itu berbangsa Melayu, mempunyai ketinggian 148 sentimeter dan berat 48 kilogram.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Shamsudin Mamat berkata, pihaknya menerima laporan kehilangan itu pada 14 Oktober sekitar jam 4.50 petang.

“Mangsa juga berkulit sawo matang, berhidung mancung, berbibir nipis dan bertudung,” katanya dalam kenyataan.

Sehubungan itu, beliau berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat mengenai mangsa diminta tampil ke balai polis berhampiran.

Hubungi Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah Petaling Jaya di talian 03-7966 2222.

“Orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Izahita a/p Itam di talian 010-251 3690 bagi membantu siasatan,” kata beliau lagi.

BACA JUGA Melimpah ruah Masjid Putra penangan Kuliah Subuh MADANI walau hari bekerja