Bukan 50 tapi 200 tikaman pada badan anak saya

Pelajar perempuan yang maut ditikam di sekolah oleh rakan sekolahnya, bukan ditikam sebanyak 50 kali tetapi sehingga 200 kali tikaman di badan.

Perkara itu didedahkan ibu mangsa, Wong Lee Ping yang menerima laporan bedah siasat dijalankan pihak patalogi Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Katanya, laporan yang tular di media sosial mengenai kejadian itu banyak yang tidak benar dan mengguris hati keluarga.

“Kami tahu laporan dalam talian mengatakan 50 tikaman, tetapi sebenarnya anak perempuan saya mengalami 200 tikaman. Dia 200 luka tikaman. Bukan tetakan, tetapi tikaman.

“Dari bahagian atas kanan turun ke kawasan kaki,” kata Wong sambil menambah bahawa kecederaan terutamanya di bahagian kanan badan Yap

Suspek didakwa melompat masuk ke dalam tandas dari atas ketika Yap Shing Xuen berada di dalam dan telah mengunci pintu.

“Dia melompat turun dari atas ke dalam bilik dan menikamnya. Anak perempuan saya menjerit kuat; ada orang dengar,” dakwa Wong, sambil menambah bahawa penyerang telah melarikan diri ketika ada orang lain tiba.

BACA JUGA Berisiko undang fitnah terhadap agama, kibar bendera Israel melampau batas syarak – Mufti