PRN Sabah: AMANAH di peringkat terakhir putuskan calon
AMANAH berada dalam peringkat terakhir memutuskan bilangan calon yang akan diketengahkan di dalam pilihan raya negeri (PRN) Sabah, kata Naib Presiden Adly Zahari.
Menurut beliau beberapa calon telah disenarai pendek tetapi rundingan dalam kalangan parti komponen Pakatan Harapan masih sedang berlangsung.
“Menerusi PH, kita sedang bekerjasama dengan rakan dari Gabungan Rakyat Sabah dan Barisan Nasional berhubung bilang kerusi.
Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan berkata demikian kepada media setelah merasmikan Program Pemberdayaan Wira Usahawan di Butterworth.
Adly bagaimanapun tidak menyatakan jumlah kerusi yang akan ditandingi oleh AMANAH tetapi menjamin bahawa calon merupakan anak tempatan yang rapat dengan masyarakat setempat.
Suruhanjaya Pilihan Raya telah mengumumkan bahawa pilihan raya negeri Sabah ke-17 akan diadakan pada 29 Nov. Pencalonan adalah pada 15 Nov dan pengundian awal pada 25 Nov.
BACA JUGA: Pergolakan dalam Bersekutu Bersatu: Ini jawapan pengerusi Lembaga Disiplin