47 pelanggaran perjanjian gencatan senjata, puluhan maut dibunuh Israel
Sebanyak 47 pelanggaran dilakukan tentera Israel sejak perjanjian gencatan senjata bermula pada 10 Oktober lalu.
Laporan Pejabat Media Kerajaan Gaza menyatakan seramai 38 orang terbunuh dan 143 lagi cedera akibat pelanggaran itu.
“Tindakan itu adalah pelanggaran terang-terangan dan jelas terhadap keputusan gencatan senjata serta peraturan undang-undang kemanusiaan antarabangsa,” kata kenyataan itu, dipetik Al Jazeera.
Menurut kenyataan itu lagi, tentera Israel secara langsung menembak dan mengebom orang awam, selain turut melakukan beberapa tangkapan.
Pejabat Media Kerajaan Gaza menegaskan bahawa amalan itu mencerminkan “pendekatan agresif berterusan Israel walaupun selepas pengisytiharan gencatan senjata.”
Semalam, Perdana Menteri Israel mengumumkan lintasan sempadan Rafah antara Gaza dan Mesir akan kekal ditutup sehingga diberitahu kelak.
Benjamin Netanyahu mengaitkan pembukaan satu-satunya pintu utama keluar masuk ke Semenanjung Gaza itu dengan penyerahan baki mayat tebusan Israel oleh Hamas.
BACA JUGA Sidang Kemuncak ASEAN: 102 sekolah dibenarkan PdPR, BDR