Polis tahan suami mangsa kes ibu dan anak dibunuh

Polis menahan seorang lelaki bagi membantu siasatan penemuan mayat isteri dan anak perempuannya yang mati dibunuh di rumah sewa mereka di Kampung Sekolah Juru, di Bukit Mertajam, malam tadi.

Menurut Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Azizee Ismail, lelaki berusia 57 tahun itu ditahan bagi membantu siasatan kes berkenaan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Lapor BH, setakat ini pihak polis masih menjalankan siasatan lanjut bagi mengenal pasti motif kejadian berkenaan.

Terdahulu, tular rakaman suara memaparkan perbualan di antara seorang lelaki yang memaklumkan kepada rakan sekerja tidak dapat hadir ke tempat kerja, selepas menemui isteri dan anak perempuannya maut dalam rumah.

BACA JUGA Tak lantik tokoh tempatan, Pas pilih Annuar Musa kendali PRN Sabah