PRN Sabah: Apa kata Hajiji tentang rundingan kerusi GRS?
Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS), Datuk Seri Hajiji Noor berkata, rundingan agihan kerusi dalam kalangan parti komponen blok itu sudah selesai dan hanya menunggu untuk diumumkan sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Negeri Ke-17 (PRN17).
Hajiji yang juga Ketua Menteri, Datuk Seri Hajiji Noor, berkata, ia sudah di peringkat hampir muktamad dan tidak akan menjejaskan persediaan menghadapi pilihan raya walaupun ada beberapa kerusi masih dalam perbincangan.
“Jangan susah, sebenarnya sudah (selesai rundingan), tapi kita tidak boleh umum awal betul.
“Bilangan kerusi sudah (diputuskan), kalau pun ada satu dua kerusi (masih dirunding), perundingan sudah capai ke tahap hampir muktamad,” jelasnya.
Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan Jentera Pilihan Raya GRS di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC), di Kota Kinabalu hari ini.
GRS yang terdiri daripada enam parti komponen dijangka bakal bertanding di 50 kerusi manakala Pakatan Harapan (PH) meminta untuk bertanding di 23 kerusi.
BACA JUGA Polis tahan suami mangsa kes ibu dan anak dibunuh