Ini penegasan Putera Mahkota Arab Saudi, Macron tentang Israel di Gaza

Israel perlu berundur sepenuhnya dari Semenanjung Gaza. Itu penegasan Putera Mahkota Arab Saudi, Putera Mohammed bin Salman dan Presiden Perancis, Emmanuel Macron dalam satu panggilan telefon semalam.

Lapor Arab News, perbincangan tertumpu kepada situasi di Semenanjung Gaza serta usaha berterusan untuk menamatkan konflik dan memulihkan kestabilan di Timur Tengah.

Kedua-dua pemimpin berkenaan meneliti kerjasama dalam pelbagai bidang serta membincangkan perkembangan serantau dan antarabangsa yang menjadi kepentingan bersama.

Putera Mohammed dan Macron menegaskan kepentingan untuk segera meringankan penderitaan kemanusiaan rakyat Palestin.

Dalam masa sama, mereka turut menekankan keperluan mengambil langkah praktikal ke arah keamanan yang adil dan berkekalan berasaskan penyelesaian dua negara.

BACA JUGA 148 individu dirakam keterangan, apa bakal dihadapi pelajar lelaki ini esok?