PRN Sabah: Kerusi mana akan ditandingi UPKO?
Secara rasmi Presiden UPKO, Datuk Ewon Benedick telah mengumumkan akan bertanding di dua kerusi DUN dalam Pilihan Raya Negeri Sabah Ke-17 (PRN17).
Dua kerusi tersebut ialah Kadamaian di mana penyandangnya, Ewon Benedick. Kerusi ini terletak di Parlimen Kota Belud.
Ewon turut mengumumkan bahawa UPKO akan bertanding di kerusi DUN Moyog di Parlimen Penampang.
Menurut Ketua Penerangan UPKO, Dr Peter Naintin yang juga adalah Ketua UPKO Bahagian Libaran, partinya akan bertanding di lima lagi kerusi.
Lima DUN tersebut termasuk Melalap di Tenom, Tamparuli dan Kiulu di Tuaran, Bingkor di Keningau dan Limbahau di Papar.
Senarai ini adalah senarai sahih setakat semalam.
Kadamaian ialah satu-satunya kerusi di mana UPKO ialah penyandang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 15 November depan sebagai hari penamaan calon, disusuli 25 November pengundian awal dan 29 November hari mengundi biasa bagi PRN17.
BACA JUGA Kenapa samakan bukan Melayu, bukan Islam Malaysia dengan Yahudi? Syahredzan selar Ahmad Marzuk