Inflasi naik 1.5%
Inflasi di Malaysia meningkat 1.5% pada bulan September 2025 di mata indeks 135.2 berbanding 133.2 pada bulan sama pada tahun 2024.
Selaras dengan pengumuman berkenaan Indeks Harga Pengguna untuk bulan September, ketua perangkawan Uzir Mahidin berkata peningkatan ini didorong oleh peningkatan ketara dalam penjagaan kendiri perlindungan sosial dan barangan dan perkhidmatan berkaitan di ahap 4.8% berbanding 4.0% tahun lalu.
“Ia diikuti oleh makanan dan minuman 2.1% (2% pada Ogos 2025), perumahan, air, elektrik, gas dan bahan bakar lain 1.5% (1.2% pada Ogos 2025), kesihatan 1.3% (1.1% pada Ogos 2025) dan pengangkutan 0.7% (0.2% pada Ogos 2025).
Sementara itu restoran perkhidmatan penginapan berada di 3.3% (3.5% pada Ogos 2025) manakala alkohol dan tembakau di 0.3% 0.4% pada Ogos 2025).
Sejumlah 59.9% bahan atau 343 dari 573 bahan merekodkan peningkatan harga.
Walau bagaimanapun 333 bahan merekodkan peningkatan kurang atau bersamaan 10% dan 10 produk yang meningkat lebih daripada 10%.
“Baki 181 produk menunjukkan penurunan manakala 49 lagi kekal pada harga sama,” katanya.
Uzir berkata harga purata RON97 pada bulan Sept 2025 ialah RM3.19 per liter berbanding RM3.15 pada bulan Ogos. Pada tahun lalu ia berharga RM3.28.
Harga purata disel di Semenanjung hanya berubah 1 sen di RM2.91 manakala di Sabah Sarawak dan Labuan ia kekal pada harga RM2.15 seliter.
Lima negeri yang mencatatkan inflasi tertinggi yang melebihi peratus inflasi kebangsaan ialah Johor (2.0%), Negeri Sembilan (1.9%), Melaka (1.8%), Selangor (1.8%) dan Terengganu (1.7%).
Baki 11 negeri mencatatkan peningkatan kurang daripada inflasi peringkat kebangsaan. Inflasi paling kurang di Kelantan pada 0.5%.
BACA JUGA: Isu hak 40 peratus hasil Sabah: Ini penjelasan PM Anwar