MAS diiktiraf 10 syarikat penerbangan terbaik

Syarikat penerbangan nasional, Malaysia Airlines telah mencatat satu pencapaian membanggakan apabila disenaraikan di tangga kesembilan dalam senarai “The Best Airlines in the World 2025”.

Kedudukan itu diperoleh hasil pemilihan pembaca majalah antarabangsa Condé Nast Traveller, dengan skor kepuasan keseluruhan mencecah 86.22%.

Penarafan daripada “Readers’ Choice Awards” 2025 itu diperoleh daripada pengalaman peribadi pengguna.

Berdasarkan penarafan itu, Malaysia Airlines berada di bawah Virgin Atlantic milik United Kingdom dengan mengumpul mata 86.28%.

Jepun melalui All Nippon Airways (ANA) pula di tangga ke-10 dengan 85.97%.

Sementara itu, Qatar Airways muncul sebagai penerbangan terbaik dunia dengan skor tertinggi 89.65% diikuti Air New Zealand (88.42%) dan Emirates (87.86%).

BACA JUGA Tolak Kerajaan Perpaduan: Bukan Mahiaddin saja salah, Hadi juga bersama