PM Anwar dijadual umum Pemberian Khas Untuk Sabah hari ini
Datuk Seri Anwar Ibrahim dijadual mengadakan satu Sesi Penerangan Menteri di Dewan Rakyat pada jam 11.30 pagi ini berkaitan Pemberian Khas Untuk Sabah, menurut hebahan kepada media.
Sesi penerangan itu dijangka memberi penjelasan lanjut mengenai formula serta jumlah terkini Pemberian Khas Persekutuan kepada Kerajaan Negeri Sabah, seperti yang termaktub di bawah Perkara 112D Perlembagaan Persekutuan.
Pemberian khas itu merupakan antara isu utama yang sering dibangkitkan oleh Ahli Parlimen dari Sabah, khususnya berkaitan hak kewangan negeri di bawah Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).
Perdana Menteri sebelum ini beberapa kali menegaskan bahawa Kerajaan Perpaduan komited memastikan hak Sabah dan Sarawak dipulihkan sepenuhnya mengikut semangat MA63.
Sesi penerangan di Dewan Rakyat itu dijangka menjadi antara tumpuan utama sidang Parlimen hari ini.
BACA JUGA Tolak Kerajaan Perpaduan: Bukan Mahiaddin saja salah, Hadi juga bersama