Fitnah APMM: Takiyuddin ugut tembak, hidupkan semula sentimen Memali

OLEH AHMAD MURSI

Takiyuddin fitnah anggota APMM (Penguatkuasa Maritim) — konon masuk masjid pakai kasut, geledah Masjid Rusila.

Hal berlaku 19 September, tapi lepas sebulan baru dia kecoh di Parlimen pada 22 Oktober.

Sebulan ni lama. Kalau betul-betul berlaku, dah kecoh satu dunia.
Video CCTV yang dikata ada tu pun dah tentu diviralkan.

Takiyuddin kata, kalau dia bawa senjata dan ada di sana waktu tu, dia akan lepaskan tembakan pada anggota APMM. Wow!

Kita tahu ahli Parlimen boleh dapat lesen, tapi tak usahlah ugut pasukan keselamatan kita sampai begitu.

Saya teringin nak tengok video CCTV yang katanya wujud tu tapi tak jumpa.
Nak tahu juga, situasi apa hingga Taki kata sanggup lepaskan tembakan kepada APMM tu.

Kalau pun CCTV tak ada, takkan tak ada seorang pun penduduk rakam ‘geledahan’ tu dan viral?

Kenyataan rasmi APMM sebut, mereka hanya berhenti solat Asar, beriktikaf dan berehat sebentar.
JK masjid dah dimaklumkan lebih awal dan tiada gangguan kepada jemaah pun.

Taki cuba gambarkan, konon ini mirip peristiwa Memali yang dulu korbankan 14 mangsa akibat terpengaruh dengan Amanat Hj Hadi.
 

Adakah dia sengaja nak bakar semangat ahli Pas untuk tumpahkan darah lagi?
Atau sebenarnya dia terperangkap dalam ketakutan sendiri, hasil politik ala Khawarij yang Pas bawa?

BACA JUGA Selepas penafian APMM, tular rakaman CCTV tunjuk tiada serbuan di Masjid Rusila