‘Pelajar STPM cemerlang pasti dapat tempat di IPTA tapi tak semestinya kursus pilihan pertama’

Menteri Pendidikan Tinggi Senator Datuk Zambry Abdul Kadir telah memberi jaminan bahawa pelajar STPM cemerlang pasti mendapat penempatan di institusi pengajian tinggi awam (IPTA) melalui permohonan UPUOnline tetapi tidak menjamin bahawa calon akan mendapat pilihan pertama mereka.

Ini kerana sistem UPU Online memberi maksima 12 pilihan.

“Penawaran hanya akan diberikan berdasarkan pilihan yang dibuat oleh calon sahaja.

“Dengan mengambil kira pencapaian akademik, perakuan temu duga dan/atau ujian, bilangan tempat yang terhad dan keutamaan pilihan calon, akan terdapat calon tidak mendapat pilihan pertama.

“Walau bagaimanapun, semua calon cemerlang dengan PNGK 4.00 ini telah ditawarkan tempat pengajian dalam 12 program yang telah dipilih mereka melalui UPUOnline.”

Beliau berkata demikian dalam jawapan bertulis kepada Ramkarpal Singh (PH-Bukit Gelugor) yang bertanya langkah-langkah yang akan diambil kementerian untuk memastikan pelajar STPM cemerlang tidak tercicir dari saluran permohonan UPU untuk menangani fenomena brain drain.

BACA JUGA: Jadikan Tingkatan Enam pilihan utama pelajar, ini alasan Menteri Pendidikan