Banjir di Perak, Pulau Pinang, Kedah makin teruk, mangsa di PPS cecah 5,808 orang
Keadaan banjir di tiga negeri di utara Semenanjung makin teruk dengan mangsa banjir yang dipindahkan di pusat pemindahan sementara (PPS) terus meningkat kepada 5,843 orang berbanding 4,743 orang malam tadi.
Sehingga 7.43 pagi, laman web info bencana Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) memaparkan sebanyak 1,870 keluarga di Perak, Kedah dan Pulau Pinang dipindahkan ke PPS.
Banjir paling buruk di Perak membabitkan empat daerah dengan seramai 2,966 mangsa melibatkan 1,004 keluarga pada masa ini berada di 26 PPS.
Di Kedah, 14 PPS dibuka dengan 1,850 orang daripada 586 keluarga ditempatkan sehingga pagi ini dengan empat daerah terjejas teruk iaitu Kulim, Baling, Pokok Sena dan Kuala Muda.
Sementara itu, jumlah mangsa banjir di Pulau Pinang yang melanda Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Barat Daya Pulau Pinang terus meningkat kepada 1,027 orang melibatkan 280 keluarga.
BACA JUGA Ini sebabnya Bersatu Terengganu tempelak Anina Saadudin