Menjawab tuduhan Eric See-To: PNB dan KWSP tidak ‘jual negara’
Oleh SYAM GHAZ
Pertama skali pembelian Battersea tahun 2012 pada harga £400 juta ≈ RM 1.96 bilion (kadar 4.9 RM/£) dan penstrukturan semula 2018 adalah untuk membangunkan projek campuran (kediaman, pejabat dan komersial).
Ia bagi menjenamakan semula Battersea Waterfront di tebing Sungai Thames, London yang merangkumi bekas loji jana kuasa arang batu yang sangat ikonik di Britain itu dan memang untuk dijual semula bagi pulangan kepada pelaburan.
Sebab itulah pada 2012, Sime Darby Property, S P Setia dan KWSP membeli tapak Battersea Power Station daripada Britain.
Tapak seluas 42 ekar ini adalah bekas loji arang batu kosong sejak 30 tahun dan tiada penyewa.
Tahun 2018 baru bermula pembangunan semula bangunan utama (Power Station) selepas diambil alih oleh Permodalan Nasional Berhad (PNB) dan KWSP pada nilai £1.583 bilion ≈ RM8.4 bilion untuk membiayai fasa pembangunan baharu.
Ini pemindahan dalaman sesama dana Malaysia, bukan penjualan kepada pihak asing. PNB dan KWSP kekal sebagai pemilik jangka panjang aset komersial utama projek.
Tahun 2022 – pembangunan semula siap dan dirasmikan oleh YDPA ke 16. Ia menempatkan Apple UK Headquarters (±46,000 m²), butik antarabangsa (Zara, Uniqlo, Hugo Boss, Nike), restoran & apartmen mewah.
Battersea kini antara destinasi paling menonjol dan menjadi ikon Grade II*, HQ Apple dan tarikan pelancongan.
Namun, London juga ada The Shard, Canary Wharf/One Canada Square, 22 Bishopsgate. Jadi, “paling terkenal” ialah subjektif.
Apabila Datuk Seri Anwar Ibrahim jadi PMX, kerajaan lantik BNP Paribas iaitu sebuah bank pelaburan terbesar di Kesatuan Eropah dan antara 10 bank terkuat dunia, berpangkalan di Paris, Perancis sebagai penasihat pelaburan strategik.
BNP Paribas diiktiraf oleh Financial Times dan Global Finance Magazine sebagai antara bank paling stabil di dunia.
Pelantikan BNP Paribas sebagai penasihat pelaburan strategik bermakna:
- Proses penilaian dan jualan dilakukan mengikut piawaian global, bukan keputusan politik.
- Aset Malaysia diurus dengan tahap kredibiliti antarabangsa, memberi keyakinan kepada pelabur London & Eropah.
- BNP Paribas mempunyai rekod urus niaga besar UK, termasuk Canary Wharf Group, HSBC Tower Sale 2022, dan projek runcit Westfield London.
BNP Paribas bukan broker kecil; ia bank gergasi Eropah yang mengurus urus niaga kerajaan dan dana berdaulat dunia.
Apabila PNB dan KWSP lantik BNP Paribas, itu bukti Malaysia mengurus asetnya dengan standard global — bukan jual buta, tapi melalui proses pelaburan yang diaudit, profesional dan berkelas dunia.
Fakta jelas: Malaysia beli tapak terbiar RM 2 bilion (2012); nilai kini RM 9 bilion (2025).
PNB dan KWSP tidak ‘jual negara’, mereka sekadar menilai pasaran untuk memaksimumkan pulangan pelaburan.
Jika dijual dengan harga tepat — Malaysia untung besar. Jika kekal — dividen berterusan kepada rakyat.
Inilah pengurusan aset profesional yang Anwar terus perkemas — berkira, bukan beremosi. Jalan terus PMX!
BACA JUGA Banjir di Perak, Pulau Pinang, Kedah makin teruk, mangsa di PPS cecah 5,808 orang